Kelebihan Berselawat :)
10.12.2013 , 0 Comment
Holaa !! kaifahalukum ? Alhamdulillah , nikmat kurniaan Allah . hehe, oke nk share tentang kelebihan Berselawat ni .
Sebagai seorang Muslim lagi Mukmin , kita diwajibkan taat kpd Allah dan Rasul-Nya . Kita juga digalakkan mengingati Allah dgn sebaik2nya dgn berzikir dan mengingati Rasulullah S.A.W dgn cara memperbanyakkan selawat keatas Baginda S.A.W .
Selawat termasuk dalam rangkaian IMAN dan ISLAM . Berselawat keatas Nabi Allah Muhammad mempunyai banyak kelebihan . Antaranya ,
1. Penghapus Dosa
Dari Hasan bin Ali bahawa Rasulullah bersabda ,
" Perbanyakkanlah berselawat ke atasku kerana selawat kamu itu adalah maghfirah (penghapus dosa) bagi kamu . Dan mintalah (doakan) untukku wasilah dan darjat yang tinggi kerana wasilahku di sisi Tuhanku adalah syafaat bagi kamu "
2. Tidak berasa kebingungan pada hari Jumaat .
Rasulullah S.A.W bersabda : " Sesiapa yang berselawat keatasku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali waktu petang , maka Allah akan menyelamatkan dia daripada kejutan yang sangat besar padai hari kiamat dan adalah dia akan berada bersama-sama dengan para Nabi dan Siddiqin "
3. Dekat dengan Rasulullah pada hari Kiamat
Rasulullah bersabda : " Sesungguhnya orang yang paling utama bersamaku pada hari kiamat adalah yang paling banyak berselawat kepada ku "
4. Mendapat syafaaat dari Rasulullah .
Rasulullah bersabda : " Sesiapa yang berselawat kepadaku 10 kali pada waktu subuh dan 10 kali pada waktu petang , maka dia akan mendapat syafaatku pada hari kiamat "
5. Berpeluang minum telaga Nabi Muhammad
Dari Abdullah bin Amru , bahawa Rasulullah bersabda ,
" Telagaku sejauh perjalanan sebulan dan sudut-sudutnya sama . Airnya lebih putih daripada perak dan baunya lebih harum daripada misik(kasturi) .
Gelas-gelasnya sebanyak bintang dilangit . Barangsiapa yang haus dan minum dari situ , dia tidak akan haus selamanya " (HR Bukhari)
Okay ! sebenarnya banyak sangat kelebihan , Ana hanya mampu share beberapa shj . Ingat ! Kita ni umat Muhammad S.A.W . Kasihi baginda , Cintai baginda melebihi makhluk lain tau ! Amalkan segala sunnah2 baginda dan banyakkan berselawat . Itu yang PENTING !
Ayuh Selawat ! :D okay tata , salam alaikum ^^
|