Tabligh.Com
Solat Membaikkan Kesihatan :)
2.27.2013 , 0 Comment

Holaa ! :) sihat saudara2 semua ?  Alhamdulillah mcm2 nikmat Allah bagi . Selalu2 la bersyukur :) mcm2 cara kita bole tunjukkan bahawa diri kita sedang bersyukur kpd Allah antaranya Solat . Tak kira solat Fardhu atau Solat Sunat . 

gambar hiasan .

Okay! tajuk tuu "Solat Membaikkan Kesihatan" ?? baiklah , Di samping kita tunduk dan sujud kpd Allah sbgai tanda Taat kpd Allah , Solat juga memberikan kita kesihatan yg Baik . Itulah salah satu kelebihan Solat . Solat merupakan ibadah yg paling baik utk tubuh manusia :) menurut buku yg ana baca gerakan2 dalam solat mempunyai manfaat masing2 . contohnya ~

Takbiratul Ihram : berdiri tegak , mengangkat kedua2 tangan sejajar telinga lalu melipatnya diatas perut atau dada bahagian bawah . Gerakan ini melancarkan aliran darah , getah bening (limfe) dan kekuatan otot lengan . Posisi jantung dibawah otak memungkinkan darah mengalir lancar ke seluruh tubuh . Ketika mengangkat kedua2 tangan , otot bahu meregang sehingga aliran darah yg kaya dgn oksigen menjadi lancar .

Al Fatihah : Surah Al Fatihah (pembukaan) yg diturunkn di Makkah dan terdiri drpd 7 ayat ialah surah yg pertama diturunkan dgn lengkap diantara surah2 yg ada di dlmm Quran dan termasuk golongan surah Makkiyah .Solat dihukum TIDAK SAH sekiranya tidak membaca surah Al Fatihah :) 

Rukuk : rukuk yg sempurna ditandai tulang belakang yang lurus sehingga apabila diletakkan segelas air diatat punggung tersebut tidak akan tumpah . Gerakan rukuk menjaga kesempurnaan posisi serta fungsi tulang belakang sebagai penyokong tubuh dan pusat saraf . Tangan yg bertumpu di lutut berfungsi utk merehatkan otot2 bahu hingga ke bawah . Rukuk juga merupakan latihan bg pundi kencing sehingga gangguan prostat dpt dicegah .

Iktidal : bangaun dr rukuk , tubuh kembali tegak setelah mengangkat kedua2 tgn setinggi telinga . Iktidal merupakan variasi drpd postur setelah rukuk dan sebelum sujud . Gerakan iktidal sbgai latihan yg baik bg organ pencernaan . Organ2 pencernaan didalam perut mengalami pengecutan dan pelonggaran secara berganti2 . 

Sujud : Menonggeng dgn meletakkan kedua2 tangan , lutut , hujung kaki dan dahi ke lantai . Posisi sujud berguna utk bahagian leher dan ketiak . Posisi jantung diatas otak menyebabkan darah yg kaya dgn oksigen mengalir maksima ke otak .

Duduk Antara Dua Sujud : Duduk setelah sujud terdiri drpd dua jenis , Tahiyat awal dan Tahiyat akhir . Posisi bg Tahiyat Awal , tubuh tertumpu pd pangkal paha yg berhubung dgn saraf . Posisi ini mampu menghindarkan ngilu pada pangkal paha  yg sering menyebabkan penderitanya tidak mampu berjalan . Manakala , duduk tahiyat akhir pula tumit menekan aliran pundi kencing , kelenjar kelamin lelaki dan saluran vas deferens . Posisi seperti ini mampu mencegah impotensi . Variasi posisi telapak kaki pada tahiyat awal dan akhir menyebabkan seluruh otot turut meregang dan kemudian relaks kembali .

Salam : Gerakan memutar kepala ke kanan dan ke kiri secara maksima . Salam bermanfaat utk melegakan otot sekitar leher dan kepala bagi menyempurnakan aliran darah di kepala sehingga mencegah sakit kepala serta menjaga kekencangan kulit wajah .

So, semua yg diceritakan td merupakan kebaikan solat utk kita semua (umat islam) . praktikkan hari2 , yg jarang solat tu selalu2 la solat krn ia WAJIB dan disebut dlm rukun islam yg ke-2 . Terpaksa atau Tak Ikhlas itu lain cerita , WAJIB BUAT!!! semoga hati kita terbuka dan mendapat keampunan drpd Allah ^^ Solatlah seakan2 solat berjemaah terakhir bersama Rasulullah S.A.W

Tuntutlah Ilmu , Beramallah dgn Ilmu ^^ Assalamualaikum :) 


Owner Blog (1)


Muhammad Syahid ibn Mansor (akhi)
Milik Allah & Umat Muhammad #WeDakwah2U




« NEWEST // OLDEST »
Skin Made By : HafizZulkafly. Others xx.