Tabligh.Com
"Sehebat-hebat keadaan MAYAT "?
4.03.2013 , 0 Comment

Holaa ^^ Kaifahalukum ? Alhamdulillah , nikmat Allah bg mcm2 . gunakan baik2 :) 
Okay , nk kongsi2 skit psl MATI . Setiap yg bernyawa pasti akan mati . PASTI! sama ada kita mati dlm keadaan Husnul Khotimah atau Suu'l Khotimah . Wallahua'lam . harap2 kita semua mati dlm keadaan yg baik . Insyaa Allah ^^

Okay nk citer skit psl sabda Nabi Muhammad yg menceritakan tentang sehebat2 keadaan mayat . Dalam hadith ini , baginda menceritakan kdp isteri baginda , Siti Aishah r.ha . 

Sabda Nabi Muhammad S.A.W , "Wahai Aishah , sesungguhnya sehebat-hebat keadaan mayat adalah semasa orang yg memandikan masuk ke rumahnya bg memandikannya . Maka mereka melucutkan cincin di masa remaja dari jari-jarinya dan mereka menanggalkannya pakaian pengantin dari badannya . Bagi para pemimpin dan fuqaha mereka melepaskan serban dr kepalanya utk dimandikan .

Di Kala itu mayat akan berkata dgn suara yg dpt didengar oleh semua makhluk kecuali manusia dan jin . Semasa roh melihat mayat dalam keadaan telanjang , roh akan berkata. 'wahai org yg memandikan , aku minta kpdmu krn Allah , bukalah pakaianku dgn perlahan2 krn pada saat ini aku baru berehat drpd kesakitan sakaratul maut '.

Apabila air disiram maka mayat akan berkata ,' wahai org yg memandikan roh Allah , jgnlah engkau menyiram air dlm keadaan yg panas dan jgnlah pula dlm keadaan sejuk  krn tubuhku baru terbakar disebabkan keluarnya roh dr badan .'

Apabila mereka menggosok dan memandikan , maka mayat berkata 'Demi Allah , wahai org yg memandikan , jgnlah engkau gosok tubuhku dgn kuat krn tubuhku terdapat kesan-kesan luka krn keluarnya roh'.

Apabila selesai dimandikan dan diletakkan pada kafan serta tempat kedua tapaknya suda diikat , maka mayat berkata 'Wahai org yg memandikanku , jgnlah engkau ketatkan ikatan dlm mengapani kepalaku sehingga aku tidak dpt melihat wajah ank2ku dn kaum keluargaku , krn ini adalah penglihatan terakhirku kpd mereka. Sesungguhnya pada hari ini aku akan dipisahkan drpd mereka dan tidak akan berjumpa lg sehingga hari kiamat'.

Apabila mayat dikeluarkan dr rumah , maka mayat akan menyeru ,'Demi Allah , wahai jemaahku, aku meninggalkan isteriku menjadi janda , maka jgnlah kamu menyakitinya . Anak2ku menjadi yatim , jgnlah menyakiti mereka . Sesungguhnya , pd hari ini aku akan keluar dr rumahku dan meninggalkan segala yg dicintai dan aku tidak akan kembali lg utk selama2nya '.

Apabila mayat diletakkan ke dlm keranda , mayat berkata 'Demi Allah , wahai jemaahku , jgnlah kamu percepatkan perjalananku sehingga aku tidak dpt mendengar suara ahliku, anak2ku dan kaum keluargaku . Sesungguhnya hari ini adalah hari perpisahanku dgn mereka sehingga hari kiamat'.

okay , Hanya Tuhan dan RasulNya shj yg Tahu . itu la sabda Nabi tentang kematian . "Mati Itu Pasti, Sakaratul Maut itu Menyakitkan" . Kata Rasulullah kpd Izrail " Wahai Izrail, sakitnya Mati ini: . Izrail menjawab , "Tidak pernah aku tarik nyawa selembut ini Ya Rasulullah" . 

Baik lah , semoga kita dpt petunjuk dan syafaat drpd Allah dan Rasulullah di akhirat nnt ^^ insyaa Allah . Tata Assalamualaikum , Jazakumullahu Khairan Kathira :)
Owner Blog (1)


Muhammad Syahid ibn Mansor (akhi)
Milik Allah & Umat Muhammad #WeDakwah2U




« NEWEST // OLDEST »
Skin Made By : HafizZulkafly. Others xx.