ENAM SIFAT SAHABAT R.ANHUM .
9.08.2013 , 0 Comment
Holaaa! kaifahalukum ? Alhamdulillah nikmat Allah :) oke , nk share tentang sifat2 sahabat yg wajib kita amalkan JIKA mahu selamat di AKHIRAT.
6 sifat sahabat .
Ulama’ menggariskan, kejayaan
ummat kini dan akan datang adalah apabila mereka mengikut jejak para sahabat
r.anhum krn mereka dicintai Rasulullah S.A.W .
“Apabila kamu ingin meniru, maka
tirulah mereka yg telah mati(sahabat2 r.a) – hadith –
SAHABAT R.ANHUM ADA 6 SIFAT YANG MULIA , iaitu
1) Mereka ada hakikat Yakin atas kalimah Laa Ila Ha Illa
Allah, Muhammadur Rasulullah.
2) Mereka ada hakikat
solat yang khusyuk dan khudu’ .
3) Mereka ada hakikat
Ilmu dan Zikir .
4) Mereka ada hakikat
Ikramul Muslimin .
5) Mereka ada hakikat
Niat yang Ikhlas.
6) Mereka ada hakikat
Dakwah dan Tabligh (lapang diri, masa dan harta , keluar di jalan Allah)
Ulama’ kata , bilamana 6 perkara
ini ada dalam diri kita , maka kita mudah menuju kpd kesempurnaan Agama .
Insyaa Allah .
1.
Usaha
atas kalimah Laa ilaa Ha Illa Allah , Muhammadur Rasulullah
Maksud , meyakini hanya Allah shj yg berkuasa , makhluk
tidak berkuasa .
Cara nak dapat ,
Hari2 kena banyak cakap kebesaran Allah . Nafikan kebesaran makhluk .
Kelebihan , pada
akhir kalam dapat menyebut kalimah toyibah , maka wajib syurga bagi dia .
insyaa Allah .
Maksud , meyakini dgn cara Nabi Muhammad S.A.W shj bawa
kejayaan di dunia dan akhirat . Sunnah2 Nabi , Surah (penampilan) , Sirah (
Perjalanan) , Sarirah ( Fikir risau Nabi)
Cara nak dapat ,
Surah (penampilan) sentiasa mengikut cara pemakaian sunnah Nabi dr kepala
hingga kaki . Sirah( perjalanan) ikut sunnah2 baginda dari baginda bangun tidur
hingga baginda tidur semula . Sarirah(fikir risau Nabi) fikir risau umatnya
supaya dan mengelakkan dari azab Api Neraka .
Kelebihan ,
“barang siapa mengikuti sunnah Ku, maka Dia mencintai Aku . Barangsiapa
mencintaiKu maka dia akan bersama Ku di syurga” - Hadith -
2.
Solat
khusyuk dan khudu’
Solat yang
khusyuk ialah mereka yang sentiasa sedar dan mengikuti segala pengertian dari setiap kalimah yang di ucapkan di dalam solatnya. Justeru itu apabila ia
membaca Fatihah, hatinya akan mengikuti dan memahami makna setiap kalimah yang
terucap.
Kelebihan , Allah akan kurniakan 5 ganjaran , iaitu
> Dipermudahkan rezeki
> Terlepas dari azab kubur
> Diberi buku catatan amalan dengan tangan
kanan apabila dihisab
> Dipermudahkan menitit titian sirat
> Dimasukkan ke syurga tanpa dihisab
3.
Ilmu dan Zikir
Tujuan ilmu ialah
supaya kita mengetahui segala perintah Allah Taala dan bagaimana untuk
melaksanakannya.
Bahagian Ilmu ada 2
, iaitu
> Ilmu Fadha'il (فضائل) iaitu ilmu dalam keutamaan amal yang baik. Ilmi
fadail melatih kita agar sentiasa berghairah untuk membuat suatu amal.
> Ilmu Masa'il (مسائل) iaitu ilmu mengenai tata cara ibadah
(ubuddiah) baik mengenai halal dan haram, boleh dan tidak boleh. Ilmu masail
sangat penting untuk kita mendapatkannya, agar ibadah-ibadah yang kita kerjakan
benar dan sesuai dengan tuntunan
Rasullullah S.A.W dan lebih dekat dengan sunnah baginda .
Kelebihan ilmu , Orang yang berilmu dan beramal dengannya
lebih ditakuti oleh syaitan daripada seribu orang abid (ahli ibadah) .
Tujuan zikir
ialah meneguhkan keimanan dan menambahkan tawaduk serta rasa rendah diri
sebagai seorang hamba yang tunduk di bawahNya, patuh dengan arahanNya, rindu
akanNya dan hanya Dia tempat memohon pertolongan tanpa bertwasaul (menjadikan
sesuatu sebagai perantaraan) dalam memohon pertolongan dan hajat.
Kelebihan zikir ,
Orang yang berzikir kepada Allah sama ada secara berjemaah mahupun secara
bersendirian, sudah pasti akan diampuni dosanya oleh Allah.
4.
Ikramul
Muslimin
Tujuan Ikram
ialah memberikan hak kepada saudara-saudara kita tanpa menuntut hak daripada
saudara-saudara kita yakni menunaikan hak terhadap makhluk Allah. Kita
patut memuliakan setiap orang yang beriman walaupun iman mereka hanyalah
sebesar zarah.
5.
Niat
Yang Ikhlas
Tujuan ikhlas
ialah melakukan amalan semata-mata mencari keredhaan Allah Taala, tanpa
dicampuri dengan tujuan dunia. Seorang tidak dianggap beragama dengan benar
jika tidak ikhlas.
Ciri2 org yang Ikhlas
, iaitu
> Terjaga dari segala sesuatu yang diharamkan oleh
Allah TAALA, baik sedang bersama dengan manusia atau sendiri.
> Senantiasa beramal di jalan Allah TAALA
baik dalam keadaan sendiri atau bersama orang lain, baik ada pujian ataupun
celaan.
> Selalu menerima apa adanya yang diberikan
oleh Allah TAALA dan selalu bersyukur atas nikmat yang diberikan oleh Allah
TAALA.
> Mudah memaafkan kesalahan orang lain .
6.
Dakwah
Dan Tabligh(Bermujahadah)
Imam Al-Ghazali berkata, "Mujahadah adalah kunci
hidayah tidak ada kunci untuk memperoleh hidayah selain Mujahadah"
Tujuan Bermujahadah
,
1. Supaya kita mencari keredaan Allah Taala.
2. Supaya kita mengislahkan diri kita.
3. Supaya kita mempelajari sunnah nabi yang sahih.
4. Supaya kita sentiasa menghidupkan sunnah.
5. Supaya kita masukkan enam sifat sahabat ini ke dalam kita
diri sebagai amalan harian.
6. Supaya kita sentiasa mensyukuri nikmat Allah.
Kelebihan Mujahadah
, iaitu
> Menjernikan hati dan mengenal akan Allah.
> Memperoleh hidayah Taufiq Allah TAALA dan
Syafaat Tarbiyah Rasulullah.
> Mendidik
menjadi orang yang soleh dan solehah, yang sentiasa mendoakan kedua orang
tuanya.
Semoga apa yang disampaikan ini dapat pula disampaikan kepada orang
lain dengan tujuan dakwah mahupun nasihat.
Wallahu ta'ala a'lamu bissawob :) tata , Salam Alaikum ! ^^
|