Tabligh.Com
Jom lakukan Solat Sunat Taubat !
10.09.2013 , 0 Comment


Bismillahirrahmanirrahim .

Allahumma solli ala Muhammad .


Hari ni nak cerita pasal Solat Sunat Taubat . Ramai yang pandang remeh pasal solat sunat taubat ni ! Kononnya bila dah bersedia baru nak solat taubat . Sedangkan Nabi Muhammad yang maksum tu pon buat solat sunat taubat ni setiap kali sebelum Baginda tidur .


SOLAT SUNAT TAUBAT



Solat Sunat Taubat ni dilakukan selepas seseorang tu melakukan dosa & kesalahan atau melanggar hukum-hukum agama atau berasa bersalah & berdosa kepada Allah SWT . Kemudian menyesali atas perbuatan itu dan ingin kembali semula ke jalan  Allah (bertaubat)


Sabda Rasulullah SAW 



"
Sesiapa yang pernah melakukan perbuatan dosa , bersegeralah berwuduk kemudian dirikan solat dan mohonlah keampunan kepada Allah SWT . Allah pasti akan menerima permohonannya itu ."

" Mereka yang pernah mengerjakan perbuatan dosa atau telah berbuat dosa terhadap dirinya sendiri lalu mereka bersegera mengingati Allah dengan memohon keampunan Ilahi terhadap dosa yang dilakukan itu. Siapakah yang akan mengampuni sehala dosa selain Allah? Kemudian itu mereka berasa insaf dan sedar serta tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi , maka mereka akan diberi pahala dan ganjaran syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai dan disitulah tempat mereka selamanya."


(HR Abu Daud , Nasa'I , Ibnu Majah dan Baiqahi)


Fadhilat Taubat 


~ Diampunkan Allah SWT
~ Dimudahkan segala urusan
~ Menceriakan kehidupan seharian
~ Menghilangkan perasaan yang menekan
~ Mencegah dosa dan menghindari gangguan

So , apa tunggu lagi ? Jom buat Solat Sunat Taubat . Tapi Solat Sunat yg lain macam Tahajjud , Tasbih , Witir , Hajat dan lain2 jangan dilupakan pulak . Dan yang paling penting SOLAT yang diWAJIBkan iaitu Subuh , Zuhur , Asar , Maghrib , Isya' jangan sesekali di tinggalkan :)


Sekian , Salam Alaikum ^^
Owner Blog (1)


Muhammad Syahid ibn Mansor (akhi)
Milik Allah & Umat Muhammad #WeDakwah2U




« NEWEST // OLDEST »
Skin Made By : HafizZulkafly. Others xx.