Tabligh.Com
Melihat Perempuan Yang Berpakaian
8.28.2013 , 0 Comment

Assolatuwassalam wa'ala asrofil anbiya'iwarmusalin . Wa'ala alihi washohbihi ajmain amma ba'du .
Pertama sekali mari kita ucapkan syukur kepada Allah SWT kerana masih membenarkan kita menghirup udara-Nya sehingga ke hari ini .
Ana nak sentuh sikit pasal "Pakaian Perempuan" . Trend sekarang ni amat lah menyedihkan . 
Pakaian JARANG , NIPIS , KETAT , dan TIDAK SEMPURNA ni ke yang dinamakan 'pakaian' .
Ana tengok dah macam pembalut cempedak kat dusun atok ana je ^_^

 Adakah ni di katakan telah menutup aurat dengan sempurna ?

Bila pakai tudung pulak , tudung singkat , ditambah pulak dengan "Bonggol Unta"
 Kononnya cantik ? Pada ana takde lah cantik pun . Tapi tertanya-tanya tak berat ke bawak 'bonggol" tu .

Molek ke ginim ? :-/
Nabi Muhammad SAW berkata ;

" Dua golongan daripada ahli neraka yang aku belum melihat kedua-duanya iaitu; (1) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu untuk memikul manusia dengannya , dan (2) Wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepadanya . Kepala-kepala mereka umpama bonggol-bonggol unta yang senget . Mereka ini tidak akan dapat memasuki syurga dan tidak akan mencium di mana bau syurga dapat dicium dari jarak perjalanan sekian-sekian jauh . " (Direkodkan oleh Muslim , no 5704)

Hadis ni dah diterangkan oleh Imam Nawawi Rahimahullah dalam Kitab Syarah Sahih Muslim , beliau 
menyebut " Makna bonggol unta itu ialah wanita yang membesar-besar kan kepala dgn tudung mereka, mereka meletakkan apa-apa sahaja bagi membesarkan  kepala mereka , sehingga seolah-olah kelihatan kepala mereka bagai bonggol di atas unta . Perkara ini adalah bukti mukjizat kenabian, perkara ini telah terbukti pada zaman ini "

     So muhasabah diri kita balik , betul ke kita dah betul-betul MENUTUP ataupun MEMBALUT aurat .
     Kaum Hawa stop mengaib kan diri anda sendiri . Jangan jadi Muslimah Fasiq . Jadilah Muslimah Haq .

                              " Sebaik - baik pakaian adalah pakaian yang boleh dibawa solat "


 LABUHkan tudung , LONGGARkan baju . Pakai lah apa yang telah di SYARIATkan . InsyaAllah aurat dan aib akan terjaga . Allah SWT pun REDHA . 
Maaf jika ada terkasar bahasa , apa yang baik datangnya dari Allah , yang buruk datangnya dari ana .
Sekian , Salam Alaikum :)
Owner Blog (1)


Muhammad Syahid ibn Mansor (akhi)
Milik Allah & Umat Muhammad #WeDakwah2U




« NEWEST // OLDEST »
Skin Made By : HafizZulkafly. Others xx.