Tabligh.Com
Kenali Akidah Ahlu Sunnah Wal Jamaah
9.07.2013 , 0 Comment

Ahlu Sunah Waljamaah atau Ahlu al-Sunnah wa al-Jamaah ( Bahasa Arabأهل السنة والجماعة‎ ) atau lebih  singkat Ahli Sunah atau Ahlu al-Sunnah Bahasa Arabأهل السنة ‎) atau Sunni

Apa itu Ahlu Sunnah Wal Jamaah ?

Ahlu Sunnah Wal Jamaah adalah kumpulan yang berpegang teguh dengan AL-QURAN ,  AS SUNNAH dan perkara yang dibawa oleh para SAHABAT serta menetang perkara BIDA' AH.


Nama Lain Bagi Ahlu Sunnah wal Jamaah .
1 . Sunni .
2 . Ahlu sunnah .
3 . Al-jamaah .
4 . As-salaf as-soleh .
5.  Ahlul hadis .
Munculnya Ahlu Sunnah wal Jamaah .

1. Ahlu Sunnah muncul setelah berlaku pepecahan di kalangan umat Islam selepas kewafatan Baginda Rasulullah SAW .

2. Nama Ahlu Sunnah Wal Jamaah telah dimasyurkan oleh Imam Abu Hasan Al-Asy'ari dan Imam Abu Hasan Al-Maturidi

3. Ahlu adalah gabungan antara as sunnah dan asl jamaah .

4. Kumpulan ini dikenali sebagai Ahlu Sunnah kerana mereka menerima dan beramal dengan sunnah Rasulullah SAW

5. Dinamakan al-Jamaah kerana mereka berkumpul di atas kebenaran dan bersatu berjihad melaksanakan amar makruf nahi mungkar serta menghidupkan sunnah dan menentang bida'ah

Prinsip-Prinsip Ahlu Sunnah wal Jamaah .

1Berpegang teguh kepada al-Quran dan as-Sunnah .

2. Berpegang dengan prinsip As-Salaf As-Soleh .

3. Apabila terdapat perselisihan faham , akan merujuk kepada al-Quran dan as-Sunnah .

4. Tidak mencela dan mengkafirkan orang yang tidak sealiran dengan Ahlu Sunnah Wal Jamaah .

5. Tidak menghukum kecuali terdapat bukti yang sahih .

Pandangan Ahlu Sunnah Wal Jamaah terhadap beberapa isu .

1. Al-Quran bukan makhluk kerana mereka yakin al-Quran adalah kalam Allah yang bersifat qadim dan bukan makhluk yang bersifat baru .

2. Melihat Allah . Menurut Ahlu Sunnah Wal Jamaah orang mukmin dapat melihat Allah di Syurga pada hari Qiamat sebagaimana disebut di dalam al-Quran dan hadis sahih .

3. Pelaku dosa besar . Orang yang melakukan dosa besar tetap dikira sebagai mukmin kerana imannya masih ada tetapi dikira fasik kerana telah melakukan dosa besar .

4. Iman bertambah dan berkurang . Ahlu Sunnah Wal Jamaah berpendapat iman seseorang boleh bertambah dan berkurang .

Hujah berdasarkan dalil-dalil al-Quran .

1. Firman Allah S.W.T. dalam Surah at-Taubah ayat 100: 

Maksudnya: "Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah memberi bantuan) darikalangan orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia, serta ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan " 

2. Firman Allah S.W.T. di dalam Surah al-An"am ayat 153:

Maksudnya:" Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanku (Agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai beraikah kamu dari jalan Allah. Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertakwa." 



Hujah berdasarkan dalil dalil Al-Hadis .
1. Sabda Rasulullah s.a.w:
Ertinya: Dari Sariah ( ) r.a. berkata: Sabda Rasulullah s.a.w.: Aku berwasiat kepada kamu dengan takutkan Allah Taala dan mendengar ajaran dan bertaat akan pemerintah walaupun hamba Habsyi, maka sesungguhnya mereka yang panjang umurnya hidup ia hingga kemudian daripada aku, tentu lihat ia akan bersalah-salahan yang banyak, ketika itu lazimlah kamu berpegang sunah aku dan sunah segala Khalifah-khalifah yang menunjuk mereka itu akan jalan yang sebenar, perpeganglah kamu dengannya dan gigitlah kamu akan dia dengan geraham kamu, maknanya berpegang teguh dan jauhkan kamu dari perkara-perkara yang dibaharukan (yang bukan daripada sunah nabi), maka bahawasanya tiap-tiap yang bukan sunah nabi itu bid"ah dan tiap-tiap bid"ah itu sesat dan tiap-tiap sesaat itu di dalam neraka. (Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi)
2. Sabda Rasulullah s.a.w:
Ertinya: Dari Ibnu Mas"ud r.a. Sabda Rasulullah s.a.w.: Sebaik-baik manusia ialah kurunku (Zaman Nabi) kemudian zaman mereka yang datang sesudahnya (zaman Sahabat) kemudian zaman mereka yang sesudahnya (zaman Tabien) dan sesudah itu datanglah zaman orang yang suka memperlambangkan kebohongan dan janganlah kamu bergantung kepada perkataan dan perbuatan mereka. (Hadis Riwayat at-Tabrani)

Banyak lagi penerangan-penerangan tentang Ahlu Sunnah Wal Jamaah . Tapi sampai sini sahaja yang dapat ana sampaikan . Semoga bermanfaat .
Daulah Islamiah !
Sekian , Salam Alaikum :)
Owner Blog (1)


Muhammad Syahid ibn Mansor (akhi)
Milik Allah & Umat Muhammad #WeDakwah2U




« NEWEST // OLDEST »
Skin Made By : HafizZulkafly. Others xx.